Tabung Masa Depan ...

Tuesday, April 18, 2017

Sanah Helwah Adik Yang Ke 11 Tahun !

Pejam celik pejam celik
Dah bertambah setahun lagi usia Adik
Budak perempuan mulut becok yang dulu2 berbadan kecik
Kini dah makin meninggi, sedikit berisi namun tetap cantik !
Selamat Hari Lahir Adik
Walau umur dah meningkat tetap Ummi nak panggil Adik
Semoga terus berjaya dalam hidupmu Adik
Mencapai cita2 Kapten Navy yang ramai orang anggap sesuatu yang janggal & pelik
Untuk seorang budak perempuan macam Adik !
Tapi percayalah, kami semuanya akan terus menyokong Adik ...

Hari ini 18 April pun tiba

Saban tahun pasti ada kek dibawa  ke sekolah macam biasa
Tahun ini kek warna merah jambu lah pula
Dengan sedikit goodie bag untuk dikongsikan bersama2
Sedekah untuk kawan2 merasa katanya
Yang pasti, setiap tahun tak pernah Adik lupa
Dah jadi macam satu kebiasaanlah pula 
Untuk meraikan bersama kawan2 moment2 bahagia !

Apapun akan sentiasa doakan yang terbaik untuk Adik
Dalam apa jua pun, di dunia dan diakhirat hendaknya !
Selamat Hari Jadi Adik... Nur Suffiya Qamarina ...
Always do the best and be the best... Insya Allah !

سنة حلوة


Sanah Helwah. Sakinah Mawaddah Barakah Warahmah
''Selamat Hari Lahir. 
Semoga Beroleh Ketengangan, Kasih Sayang, Keberkatan dan Belas Kasihan''

Wednesday, April 05, 2017

Bertiga Lebih Baik !








Terfkir2 kenapa orang tua2 dari dulu memang pantang sungguh kalau ambil gambar bertiga ni
Motif ????

( Photos Ehsan Google )

Friday, March 03, 2017

Kaitan KA. Kucing Dan Bersalin

Kalau dah biasa baca blog KA dari dulu lagi
Mesti taulah KA ni penakut kucing no satu
Kadang2 kalau nampak kucing pun dah rasa nak lari 
Sampai nak makan pun rasa tak lalu
Kalau disuakan dengan anak kucing oleh anak2
KA pasti melompat2 ketakutan
Sampai En Hubby dan anak2 pakat gelak2
Bagi KA takut no satu, duanya kegelian
Oh Nooooo !
Tapi satu yang pasti 
KA cukup suka bagi kucing2 ni makanan
Saban hari lah kerja KA dok sibuk gaul2 ikan dan nasi
Untuk bagi kucing2 ni makan, hurmmmm... pelik kan !
Lainlah dengan En Hubby, siap boleh borak dengang kucing2 ni
Usap kepala, usap badan , usap ekor bagai lagi!
Hakikatnya begitulah 
Tak tau lah kenapa, walau dalam KA tak suka2
KA selalu jadi jatuh kesian pada kucing2 ni semualah
Walau terkadang tu, rasa nak lari jauh-jauh aje
Lagi2 , bila kucing2 tu dok asyik datang menggesel kaki bila nampak aje KA 
Pleaselah.....
Mungkinkah sebab ini... he3


YANG NI PETUA...
Tapi kata orang tua2, antara petua nak mudah bersalin adalah 
Ketika hamil, kalau nampak kucing yang tengah mengandung juga tu
Ambil kakinya dan urut2kan ke perut kita perlahan2
Sambil doa2 semoga dipermudahkan semasa kita melahirkan nanti
Sebabnya, kita boleh lihat betapa mudahnya kucing beranak kan !
Itu orang tua kata, tapi KA sendiri tak pernah cuba
Faham2 ajelah, cuba uols imagine kalau kucing tu urut perut KA
Mau terberanak masa tu juga KA dek kerana menjerit ketakutan ! HaHaHa...

Salam Jumaat..
KESUMA ANGSANA
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...